7 Tips Bagaimana Nak Cari Kerja

tips cari kerja

Mencari kerja adalah langkah atau proses penting dalam kehidupan kita untuk mendapatkan sesuap nasi atau punca rezeki.

Ia tidak hanya melibatkan proses memohon jawatan kosong, tetapi juga strategi dan persiapan yang perlu dilakukan dengan teliti supaya proses mencari kerja lebih berkesan dan berhasil.

Artikel ini bertujuan untuk memberikan panduan atau tips mencari kerja untuk membantu pencari kerja dalam menghadapi proses pencarian pekerjaan dengan lebih yakin dan berjaya.

Ia adalah panduan yang sesuai untuk individu yang baru memasuki pasaran pekerjaan atau mereka yang sedang mencari peluang kerjaya yang lebih baik. Jadi, mari kita mula dengan langkah pertama ke arah kerjaya yang berjaya.

Membuat Resume yang Berkualiti

Anda perlulah menyediakan resume atau CV yang terbaik,lengkap teratur dan mudah dibaca oleh majikan.

Pastikan ianya tidak terlalu panjang dan mempunyai butir-butir penting mengenai pengalaman kerja, pendidikan, dan kemahiran anda.

Apa yang penting adalah anda mesti nyatakan perkara yang perlu sahaja di dalam resume anda.

Rujuk Laman Web Kerjaya

Sekarang banyak laman web kerjaya yang anda boleh lihat jika ingin mencari kerja yang sesuai dengan keperluan dan minat anda.

Anda boleh mendaftar sebagai pencari kerja dan mengemaskini profil anda di laman web tersebut dan ianya percuma sahaja.

Antara lama web kerjaya yang ada didalam Malaysia adalah:

  1. JobStreet (www.jobstreet.com.my)
  2. Indeed (www.indeed.com.my)
  3. LinkedIn (www.linkedin.com)
  4. Foundit (https://www.foundit.my/)
  5. MauKerja (www.maukerja.my)
  6. Futurejobs (https://myfuturejobs.gov.my/)
  7. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (https://www.spa.gov.my/
  8. Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) (https://www.spp.gov.my/)
  9. Jobstore (www.jobstore.com)
  10. JobLink (www.joblink.com.my)
  11. Ricebowl (www.ricebowl.my)
  12. Mudah (https://www.mudah.my/

Tambah Kemahiran

Pelajari kemahiran atau ilmu baru yang berkaitan dengan pekerjaan yang anda idamkan.

Ini boleh dilakukan dengan mengikuti kursus, latihan, atau pembelajaran sendiri.

Sekarang mudah sangat belajar online pon dah boleh tambah ilmu.

Pastikan kemahiran-kemahiran dan ilmu baru ini dinyatakan dalam resume anda untuk dijadikan nilai tambah

Bersedia untuk Temuduga

Sentiasa praktis sebelum menghadiri mana mana temuduga jika ada masa lapang.

Dengan berlatih bercakap ini akan memudahkan anda untuk menghadapi temuduga yang betul tanpa rasa gementar.

Kenalpasti maklumat maklumat berkenaan syarikat yang anda ingin hadir temuduga dan pastikan anda tahu apa yang nak di cakapkan.

Hadiri Karnival Kerjaya

Sentiasa alert dengan info semasa mengenai aktiviti karnival kerjaya yang ada dianjurkan di sekitar kawasan anda.

Jika anda jangan lupa untuk sertai acara acara seperti ini untuk memudahkan lagi anda mendapat info tentang jawatan kosong yang ditawarkan.

Hantar Permohonan Secara Aktif

Selain menunggu jawatan kosong yang akan diiklankan anda juga boleh menghantar terus permohonan kerja secara terus kepada syarikat-syarikat yang anda berminat walaupun jika tiada jawatan diiklankan.

Banyak juga jawatan kosong yang tidak diiklankan oleh syarikat, jadi ini adalah satu langkah yang anda boleh cuba mana tahu ada rezeki.

Fokus Pada Jawatan Yang Sesuai

Pastikan anda fokus mencari kerja yang sesuai dengan latarbelakaang pendidikan anda.

Dengan ini ia lebih mudah untuk diterima oleh majikan untuk memanggil anda temuduga sebab anda ada ilmu dengan skop kerja yang mereka perlukan.

Oleh itu fokuskan sahaja cari kerja yang sesuai dengan bidang ilmu yang anda ada.

Kesimpulan

Jika anda baru nak mencari kerja memang agak sukar sedikit untuk anda lakukan sebab belum terbiasa.

Apabila anda dah lama mencari kerja maka anda kan lebih mudah faham akan proses yang perlu dilakukan.

Gunakan tips diatas secara berterusan dan semangat yang kuat untuk meningkatkan peluang anda mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan matlamat anda.

Selamat mencari kerja, dan semoga anda mencapai kejayaan dalam kerjaya anda yang seterusnya.

Scroll to Top