Pernah tak nampak tanda amaran kat atas. Kita tak akan nampak kalau kita tak pernah pergi ke masjid atau surau..betul kan. Tanda yang bermesej “Tiada Panggilan Sepenting Seruan Ilahi ” selalunya terdapat di masjid masjid atau surau kat Malaysia nie.
Sponsor oleh Telekom Malaysia. Terima kasih kepada Telekom Malaysia sebab bagi tanda peringatan ini kepada masjid dan surau kat Malaysia nie.
Daripada tanda peringatan tu ada 3 perkara yang hendak di beritahu iaitu:
1. Tiada Panggilan Sepenting Seruan Ilahi
2. Tolong tutup telefon anda semasa solat
3. Pesanan Ikhlas daripada penaja.
Peringatan dengan menggunakan seruan ini adalah amat bagus bagi semua umat Islam supaya mereka sentiasa bersedia apabila seruan azan dilaungkan.
Dengan adanya kempen kesedaran seperti ini kita akan lebih dan sentiasa akan lebih beringat pada setiap kali melangkah ke masjid.
Tiada Panggilan Yang Lebih Penting
Panggilan yang dimaksudkan adalah seruan azan yang berkumandang 5 kali sehari di masjid yang mengajak umat Islam untuk menunaikan solat, dan solat yang terbaik adalah secara berjemaah di masjid berbanding solat sendirian di rumah.
Seruan azan adalah syariat daripada Allah kepada umat Islam, ternyata ia adalah sangat penting dalam kehidupan kita. Kalau kita tak menyahut seruan azan dengan bersolat maka, kita hidup sebagai umat Islam hanyalah sia sia.
Sebab itu juga kenapa sesuatu kariah perlu melaungkan azan kerana ianya adalah sebagai suatu tanda masyarakat di kawasan tersebut adalah orang yang beragama Islam.
Jika tiada azan berkumandang, beerti sesuatu tempat itu bukanlah suatu masyarakat Islam.
Oleh marilah kita ringankan kaki kita untuk menjejakkan kaki ke masjid setiap kali azan berkumandang.
Marilah kita bersama sama berusaha untuk mencapai objektif tersebut. Untuk permulaan kalau tak pernah solat kat masjid atau tak sempat eloklah kita mulakan dengan satu waktu terlebih dahulu.
Cari satu waktu solat yang kita boleh hadir ke masjid untuk tunaikan solat berjemaah. Mulakan dengan satu waktu terlebih dahulu, dan seterusnya dapat mencapai keseluruhan lima waktu untuk solat berjemaah.
Tutup Suara Telefon Bimbit
Lagi satu jangan lupa tutup telefon bimbit anda ketika di masjid untuk bersolat jemaah. Kalau bunyi tengah solat, akan mengganggu solat tersebut secara keseluruhannya.
Bunyi panggilan telefon ketika solat sangat sangat mengganggu para jemaah lain dan boleh menghilangkan rasa khusyuk dalam solat.
Apatah lagi jika bunyi ringtone telefon dengan lagu lagu yang tak sesuai untuk didengarkan terutama sekali ketika kita melakukan solat.
Sekarang in ihampir semua orang ada telefon bimbit dan akan bawa setiap masa termasuklah ketika ke masjid.
Jadi pastikan kita semua silentkan phone masing masing ketika kita berada didalam masjid dan ketika mendirikan solat.
Oleh itu marilah kita sama sama praktiskan benda yang baik ini dan jadikan tunjuk teladan yang baik kepada anak nak kecil kita.