Kenapa Orang Membeli Di Internet

Kenapa orang membeli di internet

Kenapa orang membeli di internet dan tidak memilih untuk membeli secara bertemu antara pembeli dan penjual?

Konsep perniagaan internet sebenarnya banyak membantu orang ramai menyelesaikan masalah kehidupan mereka.

Apatah lagi pada masa sekarang hampir semua orang mempunyai akses kemudahan kepada internet.

Setiap orang sudah mempunyai handphone sendiri daripada kalangan dewasa sehinggalah yang remaja.

Walaupun bukan secara keseluruhan kehidupan kita, tetapi ianya masih memberi kita kemudahan dalam soal urusniaga.

Selain daripada membeli barang, urusniaga seperti pembayaran bil dan pemindahan wang, ianya dapat dilakukan dengan mudah dan selamat melalui internet.

Melalui post kali ini saya nak menceritakan serba sedikit sebab kenapa orang membeli di internet ataupun berurusan di internet.

Mudah

Tersangat mudah itu yang boleh saya katakan. Mungkin kalau pertama kali berurusan di internet memanglah agak nampak susah tapi lama kelamaan ia akan jadi lebih senang.

Kita hanya perlukan talian internet dan komputer untuk melakukan urusniaga. Lebih maju sekarang access kemudahan internet boleh didapati di dalam telefon seperti iphone, maka segalanya akan jadi lebih mudah.

Hanya lakukan pembelian dihujung jari sahaja dan dalam masa beberapa hari barang akan sampai ke rumah melalui perkhidmatan pos.

Tiada had masa

Membeli di internet tiada had masa yang ditentukan, tidak seperti waktu pejabat 9 hingga 5. Kita boleh membeli pada waktu mana sekali pun malam, petang atau pagi, boleh katakan hampir 24 jam.

Kalau kita bekerja di siang hari, maka pada sebelah malamnya kita boleh gunakan masa kita untuk membuat pembelian.

Cuma anda perlu bersedia jika ada tawaran pembelian yang menghadkan masa mereka. maka anda perlu membuat pembelian pada masa yang telah peniaga tetapkan untuk anda mendapat harga tawaran yang diberikan.

Tidak perlu beratur

Ada sesetengah orang tidak mahu banyak masalah dalam kepala mereka.

Sebenarnya kebanyakkan orang malas untuk beratur di tambah dengan masalah kesesakan kereta, parking dan macam-macam lagi.

Oleh itu medium internet sebagai jalan penyelesaian kepada mereka yang fedup kepada masalah-masalah tersebut.

Perasaan Malu

Perasaan malu juga antara faktor yang mendorong orang membeli di internet. Sebagai contoh, jika seorang yang mempunyai berat badan berlebihan dan berhasrat sangat untuk membeli produk yang dapat kuruskan badan.

Walaupun kadang kadang ada di jual di kedai-kedai berdekatan tetapi jika perasaan malu lebih menebal maka tiada pilihan lain selain daripada beli secara online.

Penyelesaiannya adalah beli sahaja di internet secara online. Sifat-sifat yang ada kepada manusia juga memberi kebaikan kepada perniagaan internet.

Tidak perlu jumpa orang

Kadang-kadang orang yang nak membeli juga malas nak berjumpa dengan penjual. Bukan sebab apa nanti penjual tu pasti akan cakap banyak dan melalut-lalut.

Jadi untuk mengelakkan masalah tersebut membeli di internet sebagai jalan penyelesaiannya.

Ada orang yang kurang gemar berjumpa orang dan ada juga yang gemar berjumpa dengan orang.

Jadi bagi yang kurang gemar berjumpa untuk membeli barang maka pembelian di internet adalah salah satu cara yang baik untuk atasi masalah tersebut.

Itulah serba sedikit yang dapat saya senaraikan di sebab mengapa orang membeli di internet.

Sebenarnya ada lagi sebab-sebabnya, tetapi di sini saya hanya pilih antara sebab-sebab utama sahaja mengikut pemerhatian saya.

Oleh itu faktor-faktor yang saya senaraikan tadi adalah peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjalankan perniagaan internet.

Scroll to Top