Bagaimana Boleh Dapat Dosa Secara Viral Melalui Internet

 dapat dosa secara viral melalui internet

Salam sejahtera kepada semua…saya banyak kali jugak berfikir sama ada untuk post kan artikel mengenai tajuk nie atau pun tidak.

Tapi dah takde apa yang nak di tulis..so saya tuliskan juga. Di internet pelbagai maklumat di sebarkan tanpa ada sebarang sempadan geografi dan juga sempadan umur.

Semua manusia dapat membaca apa yang kita letakkan di blog masing-masing. Tambahan pula jika blog yang mendapat pelawat yang ramai, lebih ramai lah yang akan membaca maklumat tersebut.

Dan jika pelawat tersebut jenis yang suka sebarkan kepada rakan-rakannya melalui facebook maka lebih ramai lah yang akan tahu maklumat tersebut.

Memang internet sangat memenuhi keperluan dari sudut untuk menyebarkan maklumat.

Bagaimana saya katakan mendapat dosa secara viral melalui internet?

Sebelum saya teruskan lebih baik kiranya kita ambil tahu dulu apa itu viral. Saya terangkan dengan cara yang mudah supaya anda mudah faham bagaimana proses viral boleh berlaku.

Kalau anda anda pernah dengar tentang networking ia sama seperti konsep viral. Penyebaran maklumat kepada orang lain secara berterusan melalui pelbagai kaedah.

Kawan beritahu kawan yang lain dan seterusnya melakukan proses duplikasi yang sama untuk setiap orang. Untuk bagi anda mudah faham lihat gambar di bawah, bagaimana maklumat di sampaikan daripada seorang kepada seorang yang lain dan seterusnya.

Kalau sebarkan benda yang baik dah tentu tidak mendapat dosa apatah lagi kalau maklumat tersebut banyak memberi manfaat kepada orang lain untuk mengetahuinya.

Tapi apa yang di lihat hari ini melalui pemerhatian saya ada benda-benda yang tak elok yang di sebarkan. Macam-macam hal di sebarkan.

Pemikiran dan pemahaman orang islam tentu tahu yang mana kita jika ingin menyebarkan sesuatu tentu ada hadnya. Kita terikat dengan apa yang kita mengaku yang kita menganut agama Islam.

Menyebarkan Berita Fitnah

Mendapat berita tanpa soal selidik dan hanya mempercayai secara membuta tuli kemudian copy dan postkan di blog.

Kita tak tahu kisah sebenar-benarnya, jika ada kebenarannya tiada masalah, tetapi jika tidak betul berita tersebut bagaimana dengan tindakan kita yang menyebarkannya. Anda tentu tahu fitnah lebih teruk daripada membunuh.

Harap para pemilik blogger luar sana prihatin dan ambil berat akan hal ini. Fitnah di zaman ini (zaman teknologi) lebih menggerunkan, hanya dengan satu klik semua orang akan dapat maklumat dan dengan dengan itu juga kita juga akan berkongsi saham akibat daripada tindakan tersebut.

Share sorang sikit dan yang pasti, siapa yang mulakannya akan mendapat share paling tinggi.

Meletakkan Gambar Yang Keterlaluan

Gambar di katakan memberi seribu makna walaupun tanpa di terangkan apa sebenarnya gambar tersebut.

Hanya meletakkan gambar orang dah tahu cerita di sebalik gambar tersebut. Meletakkan gambar-gambar yang bersifat bogel, seksi, bertelanjang (sinonim dengan bogel), separuh bogel, dan erti kata yang lain gambar-gambar yang boleh boleh menaikkan nafsu dan mengaibkan maruah seseorang tak kisah lah sesiapon gambar artis ke saper ker.

Memang di akui benda-benda macam nie mendapat carian yang hot dan tertinggi di internet, memang tidak di nafikan.

Jangan kerana untuk dapatkan pelawat yang banyak dan setia para blogger mengambil mudah dalam hal ini.

Letak  gambar bogel dalam blog kita dan katakan 100000 orang tengok setiap hari, memang seronok dapat trafiik yang tinggi setiap hari, tetapi saham yang kita share juga tinggi untuk sebuah gambar yang macam tu.

Sama juga seperti gambar tadi, bezanya gambar adalah statik  tetapi video ada isi kandungan dan perlakuan yang terdapat di dalamnya.

Meletakkan video seks, porno, fitnah dan macam-macam lagi. Banyak betul video-video macam tu sekarang nie. Tak nak ulas lanjut..faham sendiri lah yer. hehehe

Mengajak Untuk Join Bisnes Yang Tak Sahih Hukum Halalnya

Ini satu lagi masalah masyarakat kita di Malaysia, asal ada program buat duit jer main masuk jer. Tak kira status halal dan haram terlebih dahulu.

Lepas tu kena tipu, dah tak boleh buat apa. tapi apa yang saya nak katakan di sini ialah kepada yang berjaya.

Berjaya dapat hasil riban-riban dan ajak orang masuk ramai-ramai dan semuanya berjaya, tanpa mengambil kira status hukum terlebih dahulu.

Halal ke pelaburan nie, halal ke sistem ni, halal ke bisnes nie. Kaya memang kaya di dunia, tapi susah nanti  di sana nanti.

Saya mengatakan hal ini secara umum tanpa menunding kepada mana-mana bisnes, tapi umum tahu banyak skim-skim buat duit yang menindas sekarang nie.

Saya cuma nak bagi sesuatu perkongsian yang dapat kita fikir secara mendalam. Dan satu lagi, berbisnes nie jangan fikir perut dan tembolok sendiri sahaja, fikir orang lain sama. Yang sikit tetapi halal lebih baik bagi muslim.

Apa saya nak jelaskan di sini ialah berkongsi sesuatu yang buruk akan membawa balik keburukan kepada diri kita.

Artikel ini saya berkongsi untuk memperingati diri saya sendiri dan moga dapatmemberi juga manfaat kepada yang lain yang sudi membaca dan mengambil faham isi kandungan yang ingin disampaikan.

Scroll to Top