Cara Semak Nombor Plate Terkini

Bagaimana cara nak tahu nombor plate terkini kenderaan sekiranya kita baru ingin membeli motosikal atau kereta.

Nombor plat yang juga dipanggil sebagai plat pendaftaran kenderaan adalah gabungan antara nombor dan huruf yang keluarkan oleh JPJ kepada kenderaan yang dibeli.

Tujuan nombor plat digunakan oleh kerajaan di seluruh dunia adalah bagi mengenal pasti dan menjejaki setiap kenderaan untuk tujuan pelesenan dan bagi mengenakan kutipan cukai.

Selain daripada itu juga ia digunakan oleh pihak berkuasa undang undang untuk mengesan kenderaan curi dan juga menyiasat apa apa kes melibatkan kemalangan jalan raya.

Nombor plat adalah berbeza mengikut setiap negara masing masing namun secara asasnya semua akan menggunakan gabungan antara huruf dan juga nombor.

Setiap nombor plat kenderaan adalah berbeza dan tidak sama bagi setiap unit untuk memastikan tiada dua kenderaan mempunyai nombor pendaftaran yang sama.

Jika anda nak tahu, kita sebenarnya boleh semak sendiri terlebih dahulu no plate terkini kenderaan sebelum kita membeli apa jua jenis kenderaan.

Jadi sebelum anda membeli sebarang jenis kenderaan anda boleh tahu terlebih dahulu nombor plat terkini setiap negeri.

Dengan adanya perkhidmatan semakan percuma number plate Malaysia yang disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ maka orang ramai boleh membuat pilihan nombor plate yang mereka berkenan dan minat.

Perkhidmatan semakan nombor plate kenderaan ini boleh dilakukan secara online sahaja bila bila masa.

Untuk melakukan semakan nombor plate yang terkini anda boleh ikuti langkah langkah berikut.

Masuk Ke Website JPJ

Untuk membuat semakan nombor plate yang boleh layari laman website JPJ di https://www.jpj.gov.my/

Pada paparan bahagian hadapan laman web rasmi JPJ, klik pada bahagian Nombor Pendaftaran Terkini.

nombor plate terkini

Buat Semakan Nombor Pendaftaran Terkini

Klik pada bahagian Nombor Kenderaan Terkini (Semak Nombor Terkini) anda akan dibawa ke bahagian untuk melakukan semakan nombor pendaftaran kenderaan.

jpj number plate

Kemudian pilih Kawasan atau Negeri yang anda ingin semak.

Masukkan Kod Sekuriti yang diberikan, kemudian tekan butang Semak.

Hasil carian akan ditunjukkan selepas anda lakukan langkah berikut tadi seperti dibawah ini.

Saya telah lakukan semakan bagi nombor pendaftaran kenderaan di Kuala Lumpur dan hasilnya adalah seperti dibawah ini.

hasil semakan nombor plat

Jika anda ingin terus beli nombor plat yang anda inginkan anda boleh beli secara online di website JPJ dengan mengikut arahan yang diberikan.

Senarai negeri yang anda boleh buat semakan pendaftaran nombor plate kenderaan adalah seperti berikut.

BILNEGERI / KAWASAN
1JOHOR
2KEDAH
3LANGKAWI
4KELANTAN
5MELAKA
6NEGERI SEMBILAN
7PAHANG
8PULAU PINANG
9PERAK
10PERLIS
11SELANGOR
12TERENGGANU
13KOTA KINABALU
14SANDAKAN
15KUDAT
16TAWAU
17BEAUFORT
18KENINGAU
19LAHAD DATU
20KUCHING
21SIBU
22MIRI
23SRI AMAN
24SARIKEI
25BINTULU
26LIMBANG
27KOTA SAMARAHAN
28KAPIT
29MUKAH
30BETONG
31LAWAS
32WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
33WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
34WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Begitulah bagaimana anda semua boleh buat semakan nombor plate terkini di dalam negara kita.

Baca juga tentang Kadar Tol PLUS Dan Cara Semak

Adakah dikenakan sebarang bayaran untuk membuat semakan nombor plat ini?

Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk membuat semakan nombor pendaftaran kenderaan terkini.

Adakah boleh duduk di negeri lain tetapi beli plate nombor negeri lain?

Anda boleh beli semua plat nombor selagi mana kenderaan anda mendaftar di dalam Malaysia

Scroll to Top