Kursus Kahwin Online

Kursus kahwin online yang ada dalam Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) merupakan portal online untuk anda daftar dan ikuti kursus nikah di negeri yang anda berminat.

Sistem yang dibuat ini adalah bertujuan kegunaan semua Jabatan Agama Islam Negeri yang ada di Malaysia ini.

SPPIM ini adalah umpama one stop center bagi orang ramai untuk mengetahui dimanakah akan diadakan kursus perkahwinan di setiap negeri.

Semua kursus perkahwinan akan dimasukkan kedalam sistem SPPIM secara teratur dan boleh digunakan dengan lebih mudah lagi info yang terdapat didalam sistem ini.

Antara perkara perkara yang terdapat dalam sistem online SPPIM ini antaranya ialah:

  • Permohonan kepada kursus pra-perkahwinan
  • Permohonan untuk kebenaran nikah
  • Pendaftaran nikah sehinggalah kepada proses perceraian
  • Proses Rujuk dan rundingcara
  • Senarai Pejabat Agama Negeri
  • Panduan perkahwinan

Daftar Kursus Kahwin Online

Bagi anda yang baru nak kahwin anda boleh gunakan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) ini untuk daftar tempat untuk anda hadiri kursus perkahwinan mengikut negeri dan lokasi yang anda pilih.

kursus kahwin online

Untuk memulakan pendaftaran ikuti langkah langkah dibawah ini.

1. Layari website rasmi SPPIM di https://www.sppim.gov.my/

2. Kemudian klik pada bahagian Pra Perkahwinan Online seperti dalam gambar diatas.

3. Selepas itu klik pada Daftar Kursus

4. Kemudian anda boleh pilih maklumat berikut untuk anda pilih kursus kahwin yang ditawarkan.

  • Pilih Negeri
  • Daerah
  • Jenis penganjur
  • Tarikh kurus

kemudian tekan pada butang “Senarai dan Pilih Kursus”

Pendaftaran PraPerkahwinan Online

Selepas dah pilih maklumat tadi dan anda buat carian mengikut maklumat yang anda inginkan, seterusnya hasil akan dipaparkan jika lokasi dan tarikh yang anda pilih untuk hadir kursus kahwin ada dianjurkan.

Pilih Lokasi Dan Tarikh

hasil carian kursus kahwin online

Seperti contoh diatas saya telah buat carian kursus kahwin yang saya kehendaki mengikut lokasi dan tarikh.

Hasil carian dipaparkan jika ada kursus kahwin yang diadakan.

Jika anda berminat untuk hadiri mana mana kursus kahwin yang dipaparkan, anda boleh tandakan pada setuju pada bahagian “Pilih Kursus” seperti didalam gambar diatas, kemudian klik pada butang “Seterusnya”

Kemudian sistem akan minta anda isi maklumat berikut jika anda ingin jadi peserta:

  • Nombor kad pengenalan
  • Nama penuh
  • Jantina
  • Tarikh lahir
  • Pilih Warganegara
  • Pilih Negeri
  • Nombor telefon
  • Alamat email

Selepas itu dah selesai isi klik pada butang “Seterusnya”

Pada bahagian ini sistem akan paparkan details:

  • Pendaftaran kursus kahwin atas nama siapa
  • Tarikh kursus kahwin akan diadakan
  • Pejabat Agama Islam yang terlibat

Didalam kotak Maklumat Perakuan anda klik pada butang Saya Bersetuju dan klik pada butang Hantar.

Jika pendaftaran kursus perkahwinan anda telah berjaya maklumat secara detail akan ditunjukkan di dalam sistem serta juga cara bayaran

Bayaran hendaklah dibuat sebelum menghadiri kurus perkahwinan yang anda sudah mendaftar.

Begitulah bagaimana proses untuk anda lakukan pendaftaran kursus perkahwinan secara dalam talian sahaja.

Dengan adanya sistem ini sangat memudahkan orang ramai yang ingin berkahwin membuat carian dimana dan bila boleh mereka hadiri kursus perkahwinan.

Tanpa adanya sijil kursus kahwin pasangan tidak boleh berkahwin dan perlu hadir kursus perkahwinan barulah boleh kahwin.

Berapa hari biasanya kursus kahwin akan diadakan?

Biasanya kursus kahwin dibuat dalam masa 2 hari berturut turut.

Adakah warganegara asing boleh mengikuti kursus kahwin di dalam negara ini?

Mengikut sistem maklumat warganegara di dalam SPPIM, warganegara selain Malaysia juga dibenarkan untuk mengambil kursus perkahwinan di dalam negara ini.

Scroll to Top