Adakah Duit Boleh Beri Kebahagiaan

duit boleh beri kebahagian

Betulkah duit boleh beri kebahagian semasa kita hidup di dalam dunia ini?

Siapa setuju bahawa duit boleh beri kebahagiaan. Saya sangat sangat bersetuju dengan perkara tersebut bahawa duit boleh beri kebahagiaan. Namun ianya terlalu subjektif untuk ditafsirkan oleh setiap daripada kita.

Dan yang pastinya tafsiran kita sangat berbeza, namun  yang pasti saya sangat bersetuju duit atau wang boleh beri kebahagiaan. Duit boleh memberi senyuman walaupun dalam nilai yang sedikit. Adakah senyum itu tanda seseorang itu bahagia apabila di anugerahkan sejumlah duit.

Kalau bahagia takkan nak nangis pulak kan. Bahagia juga boleh ditafsirkan dalam pelbagai maksud lagi seperti seronok, gembira, berlapang dada, terima kasih ataupun syukur dan banyak lagi maksud yang hampir sama yang boleh di tafsirkan dalam kelompok bahagia.

Bagaimanakah Kebahagiaan Boleh Tercipta?

Saya ingin memberi contoh mudah bagaimana yang saya katakan bahawa duit boleh memberi kebahagiaan walaupun dalam jumlah yang kecil.

Kalau kita lihat kanak kanak di sekeliling kita, bagaimana pandangan terhadap duit oleh mereka. Mereka hanya tahu meminta duit tanpa berfikir bagaimana ibu bapa mereka menghasilkan duit tersebut.

Mereka hanya perlu 10 sen untuk membeli 2 biji gula gula. Nilai 10 sen bagi kanak kanak terlalu besar bagi mereka kerana dengan hanya 10 sen mereka dapat penuhi impian mereka untuk mendapat gula gula tersebut.

Adakah itu bukan kebahagiaan. Ibu bapa senang, anak anak pun senang sebab dah tak ganggu ibu bapa lagi. Mungkin esok hari pulak dia akan minta lagi 10 sen tersebut.

Bayangkan kalau kita tak dapat memberi 10 sen tersebut untuk beli gula gula, anak anak akan memberontak marah, bebal dan mungkin akan menangis kerana 10 sen tersebut.

Bayangkan lagi apabila setiap hari anak anak minta 10 sen, dan kita masih tak dapat nak beri duit tersebut, alangkah tak bahagianya hidup kerana 10 sen sahaja kita bermasalah dengan anak anak kita.

Itulah sebab duit boleh beri kebahagiaan walaupun saya tonjolkan kes gula gula dengan nilai 10 sen sahaja.

Itu baru cerita tentang gula gula dan 10 sen, belum lagi cerita tentang isteri yang nak macam macam lagi.

Isteri yang mempunyai maintenance tinggi perlukan sejumlah besar wang untuk bagi mereka berfungsi dengan baik untuk dalam kehidupan rumah tangga.

Suami perlu sediakan sejumlah peruntukan untuk isteri supaya kalau tak cukup duit nanti, isteri tak nak berfungsi pula.

Susah kan macam tu, sebab duit takde, dah isteri merajuk. Isteri semua nak yang best best, rumah cantik, kereta cantik, pakaian yang cantik, walaupun sanggup biar suami mereka selekah asalkan isteri tu cantik, tak boleh nak fikir kalau macam tu.

Duit tak ada nak bagi kepada isteri, memang rumah tangga tak bahagia. Tengok tu, duit juga yang boleh beri kebahagiaan.

Takrifan Bahagia Berbeza

Apabila ditanya kepada orang yang miskin, apa yang mereka nak dalam hidup ini. Tentunya mereka nak keluar daripada belenggu kemiskinan tersebut, betul tak.

Tak ada orang yang nak miskin selamanya kalau di tanya adakah mereka mahu miskin lagi. Duit boleh beri dan selesaikan masalah mereka.

Mereka akan tersenyum apabila di beri bantuan walaupun sedikit. Mereka menangis teresak esak kerana bantuan tersebut. Itulah puncanya, duit boleh bagi mereka selesaikan masalah dan bahagiakan keluarga mereka.

Lihat para billionaire di dunia seperti Bill Gates, beliau mendermakan berbillion duit untuk tabung kemiskinan di bawah yayasan beliau untuk membantu orang miskin di seluruh dunia.

Kita tahu yang beliau memang duit banyak, dan kita juga perlu tahu bahawa dengan duit yang banyak tersebut untuk membantu orang miskin dapat memberikan sinar kebahagiaan kepada mereka.

Lihat sahaja di sebelah Afrika sana, banyak negara miskin yang dibantu oleh beliau, menyediakan pendidikan percuma dan sebagainya.

Lihat duit juga yang boleh membahagiakan mereka. Orang miskin akan bahagia jika mereka ada duit yang cukup. Betul tak.

Kalau di tanya pula kepada orang kaya, adakah duit boleh beri kebahagiaan, jawapannya semestinya “ya”.

Kalau tak buat apa mereka bertungkus lumus untuk mengekalkan kekayaan mereka setiap hari, bekerja siang dan malam untuk kekalkan duit mereka mengalir masuk ke dalam akaun bank mereka.

Orang kaya juga percaya bahawa duit boleh beri kebahagiaan. Indahnya kalau ada duit dan bahagia. Kalau bahagia tapi takde duit macam tak best pulak.

Saya bukannya bertuhankan duit atau gila duit atau mata duitan apabila bercakap tentang bahagia dan juga duit.

Namun kalau kita lihat masyarakat kita hari ini, semuanya kalau boleh tak nak susah dalam apa jua perkara.

Mereka kalau boleh semua nak senang. Sebab itu saya katakan bahawa duit boleh beri kebahagiaan akibat daripada corak berfikir dan tindakan masyarakat pada hari ini.

Semuanya duit duit duit. Hatta daripada mula hidup sampai dah mati pun masih perlukan duit.

Mungkin ada yang tak bersetuju dengan artikel ini, namun saya yakin ada yang bersetuju dengan pendapat bahawa duit boleh beri kebahagiaan.

Walau apa pun pendapat, ini hanyalah sekadar renungan bersama…

Scroll to Top