Kenapa Orang Buang Bayi

Kenapa Orang Buang Bayi

Kenapa orang sanggup buang bayi selepas mereka melahirkan bayi tersebut.

Melihat kepada berita berita yang selalu kita dengar pembuangan bayi ini bukan hanya dilakukan oleh pasangan luar nikah malahan pasangan yang dah berkahwin pon ada juga yang membuang bayi mereka.

Jawapan itu saya rasa paling sesuai untuk persoalan kenapa orang buang bayi? Mereka buat bayi seolah-olah macam sampah, dibuang merata tempat, di dalam sungai, di depan masjid, di depan surau, di dalam tong sampah, di tepi jalan dan yang paling teruk yang pernah saya dengar di buang ke dalam mangkuk tandas kemudian di flushkan. Minta di jauhkan daripada perlakuan tersebut.

Ada saja cerita tentang orang buang bayi kat negara kita. Hairan betul lah. Antara sebab utama mereka membuang bayi yang tak berdosa tersebut antara lain ialah kerana mereka melakukan seks bukan kerana hendak mendapatkan anak, tetapi kerana untuk mendapat kepuasan nafsu semata-mata.

Terdorong dengan bisikan syaitan, inilah padahnya. Kebebasan antara lelaki dan perempuan yang terlampau menyebabkan mudah untuk remaja sekarang bergaul sehingga membawa kepada aktiviti seks.

Tiada kawalan daripada ibu bapa yang sentiasa sibuk dengan kerja harian, sehingga lupa untuk memberikan penjagaan yang terbaik untuk anak-anak.

Berapa banyak lagi pasangan yang dah lama kahwin masih tak dapat anak, dan setiap hari mereka sentiasa menanti-nanti zuriat yang pertama.

Berusaha pelbagai rawatan dan berhabiskan duit untuk dapatkan zuriat. Ini orang zaman sekarang mudah dapat anak, tapi main campak-campak, buang-buang merata. Kesian bayi tersebut. Mereka tak kesian ker?

Kalau saya memang saya tak sanggup untuk lakukan perkara demikian. Tapi itulah hakikatnya, dah buat salah, kena cari jalan yang singkat untuk tutup kesalahan tersebut.

Orang zaman jahiliah arab dulu sebelum datang agama islam pun buang anak, tanam anak hidup-hidup, tetapi anak perempuan jer.

Tapi zaman sekarang orang buang bayi dah tak kira jantina lelaki perempuan sama, dua-dua kena buang.

Buang untuk selamatkan diri daripada malu dan bebanan seterusnya. Dalam keadaan agama islam yang tersebar luas macam ni pon, tetapi perangai masih macam zaman orang jahiliah.

Segelintir golongan yang macam ini akan merosakkan masyarakat kita. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Apa nak berlaku kepada masyarakat kita sekarang? Saya pun tak tahu la nak jawab.

Bagaimana keadaan generasi yang seterusnya. Kalau berterusan macam ini juga kita perlu lakukan sesuatu daripada sekarang.  Kena fikir halatuju pembangunan rohani yang lebih kukuh. Jangan kita pentingkan pembangunan fizikal sahaja, maju tetapi masyarakat rosak. Itu yang kita tidak mahu.

Setiap orang ada peranan masing-masing dalam hidup ini. Cara yang terbaik untuk mendidik anak-anak adalah bermula daripada rumah, ibu bapa memainkan peranan yang sangat-sangat penting.

Ikon yang terbaik adalah ibu bapa sendiri. Kalau Ibu bapa dah bagi didikan yang terbaik tetapi anak perangai jahat juga, apa boleh buat, bukan salah ibu bapa lagi mungkin faktor lain yang menyebabkan jadi begitu.

Kepada yang selama ini membuang bayi harap anda bertaubatlah, jangan buat lagi. Bayi tersebut akan tuntut perbuatan anda di akhirat nanti.

Kepada pasangan remaja di luar sana, kalau tak tahan sangat-sangat kahwin la cepat-cepat. Jangan dok cari pasal bukan-bukan, kalau mengandung luar nikah susah nanti, malu diri dan keluarga nanti , mana nak letak muka.

Sama-sama kita memperingati diri kita masing-masing.

Scroll to Top