8 Alasan Alasan Orang Berhenti Kerja

alasan orang berhenti kerja

Apakah alasan alasan orang berhenti kerja yang biasa berlaku dalam dunia pekerjaan.

Pekerja berhenti kerja adalah perkara biasa dalam dunia pekerjaan tidak kira dalam sektor swasta atau sektor awam sekalipun.

Adalah lumrah pekerja keluar dan bertukar bersilih ganti setiap masa.

Apabila ada pekerja berhenti kerja tidak sampai tahap boleh membuatkan sesuatu syarikat itu sampai terpaksa ditutup.

Apabila ada pekerja yang berhenti kerja maka syarikat pun akan mencari pekerja yang baru untuk menggantikan tempatnya.

Pada artikel kali ini kita akan melihat apakah sebab atau alasan alasan yang biasa diberikan jika seseorang ingin berhenti kerja.

Tawaran kerja yang lebih baik

Seseorang pekerja mungkin mendapat tawaran kerja baru yang menyebabkan ia mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

Mungkin ia dapat kerja yang baru yang mana ada syarikat yang menawarkan gaji yang lebih tinggi daripada apa yang dia dapat sekarang.

Selain itu juga dengan kelebihan gaji yang lebih baik mungkin juga dia dapat kerja di syarikat yang memberikan manfaat yang lebih baik atau peluang kerjaya yang bagus dalam syarikat tersebut.

Gaji Yang Rendah

Jika seseorang pekerja itu merasa bahawa gaji dan faedah yang diberikan oleh majikan semasa tidak mencukupi atau tidak sebanding dengan beban kerja, mereka mungkin memilih untuk berhenti.

Gaji yang rendah dan tidak naik naik setelah bekerja sekian lama akan membuatkan pekerja mudah untuk mencari kerja baru di syarikat lain.

Kos sara hidup semakin hari semakin naik tapi gaji bertahun tahun kerja tidak naik menyebabkan kehidupan mereka terbeban dengan tidak cukup duit.

Persekitaran kerja Yang Tidak Bagus

Masalah persekitaran kerja seperti konflik dengan rakan sekerja, ketidakselesaan dengan budaya organisasi, atau beban kerja yang tidak munasabah boleh menjadi sebab seseorang berhenti.

Persekitaran kerja yang penuh dengan toksik dan politik pejabat menyebabkan ramai pekerja yang menyampah dan rasa tak seronok untuk bekerja.

Lama kelamaan mereka akan cenderung untuk mencari tempat kerja yang baru.

Terpaksa Berpindah

Ada pekerja yang terpaksa berpindah tempat tinggal disebabkan dengan pelbagai faktor seperti mengikuti suami selepas berkahwin, balik ke kampung dan bermacam macam lagi.

Ada juga yang terpaksa berhenti kerja secara sukarela bukan kerana mendapat kerja baru tetapi terpaksa menjaga orang tua yang uzur dikampung kerana tidak ada siapa yang menjaganya.

Masalah kesihatan

Masalah kesihatan yang serius atau kronik boleh menyebabkan seseorang berhenti kerja untuk menjaga kesihatan mereka atau kerana mereka tidak lagi mampu menjalankan tugas-tugas kerja dengan baik.

Tiada pilihan lain selain daripada terpaksa berhenti kerja jika mengalami masalah kesihatan.

Banyak juga yang kita dengar terpaksa berhenti kerja akibat daripada berlaku kemalangan jalan raya dan sebagainya.

Kepuasan kerja yang rendah: Jika seseorang merasa bahawa pekerjaan mereka tidak memberi mereka kepuasan, perkembangan, atau pencapaian yang mereka inginkan, mereka mungkin mencari peluang kerja yang lebih memuaskan.

Kehilangan pekerjaan (dipecat)

Orang mungkin berhenti kerja kerana mereka dipecat oleh majikan mereka atas sebab-sebab seperti prestasi buruk, konflik dengan pihak pengurusan, atau perubahan dalam organisasi.

Apabila dipecat seseorang pekerja memang ada masalah ditempat kerja tersebut.

Menyambung Pelajaran

Seorang pekerja mungkin berhenti kerja jika ia ingin menyambung pelajaran secara sepenuh masa.

Mungkin sekarang dia ada sijil atau diploma kemudian ingin melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah pula.

Dengan meningkatkan tahap pendidikan seseorang pekerja itu dapat berpeluang mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.

Syarikat Tutup

Apabila sesebuah syarikat itu tutup memang semua pekerja akan diberhentikan.

Syarikat terpaksa ditutup biasanya akibat daripada perniagaan yang dijalankan tidak mendatangkan keuntungan dan asyik rugi sahaja.

Jadi jika syarikat itu rugi tidak ada jalan lain selain daripada tutup dan semua pekerja terpaksa diberhentikan.

Kesimpulan

Begitulah antara sebab sebab dan alasan alasan yang biasa berlaku jika seseorang itu behernti kerja.

Inilah lumrah biasa dalam alam pekerjaan dimana tiada pekerja yang kekal dan sentiasa bertukar tukar

Memahami sebab-sebab orang berhenti kerja dapat membantu majikan mengurangkan kadar pergantian pekerja, sambil memberi pekerja peluang untuk mencapai matlamat kerjaya dan peribadi mereka.

Scroll to Top